Sabtu, 22 Disember 2012

Abilitiy and personality.Diubah Atau Dibiarkan?


Cubaan untuk diubah*alert*
Di antara masalah dalam hidup ini adalah apabila orang lain berusaha menukar diri kita menjadi orang lain.Yes,ia bergantung kepada apa yang dia nak kita ubah,jika sikap baik yang dia suh kita ikut its ok tapi untuk menyuruh kita mengubah personaliti kita kepada benda lain bagi aku itu da melanggar hak asasi manusia*cewah*.Personaliti ni memang susah untuk diubah.

Setiap orang ada  personaliti yang berbeza,Allah cipta variety memey tak terkira,so why the heck kita ask seseorang untuk ubah personality dia?

We are humans,not game
Pernah main game  tak?aku  tak nak ada 100 orang yang sama sikapnya 100%,hidup akan jadi bosan jika begitu dan rasa cam main game je di mana askar yang ke 100 ko tembak taktik dia sama je.Itu adalah amat membosankan tahap nak je aku baling cd game tu kat dinding..

Bukan peranan kita untuk suruh orang lain ubah personaliti mereka*jika tidak melanggar syariat*,ada hikmah kenapa mereka sedemikian..

How cartoon talk about ability
Aku ingat lagi beberapa tahun sebelum ni di mana aku tonton cerita kim possible dimana ada satu episod kawan baik si kim yang bernama ron berasa lemah lalu dia dapat pakai cincin yang buat dia muscular!.Ron memandang cincin tersebut sebagai peluang dia dapat menolong kim dalam misi2nya.Sampai satu scene tu Ron cuba masuk dalam ventilation punya lubang tapi tersekat sebab badan dia besar.

And suprisingly apabila dia tanggalkan cincin tu dia da boleh masuk dalam lubang tu kerana badan dia kembali menjadi kecil.Kat situ aku nampak da point yang pencipta kartun tu cuba maksudkan yang diri kita yang sedia ada tu bukan saja2 je.Ada hikmahnya kenapa Allah cipta begitu.

Ia mungkin hanya satu cartoon kepada segelinti orang,tapi jika kita perhatikan setiap kartun yang dibuat oleh barat mereka penuh ngan message.Not that i dont like local cartoon,tapi majoriti cartoon local lebih kepada lawak slapstick dan mesej yang terlalu da biasa da.Sekali lagi,aku tidak anti kartun local,tapi mereka harus mencari modal idea yang lebih baik.


Mengikut kemampuan 
Kemampuan seseorang tu memainkan peranan besar dari banyak segi.Contohnya dalam pembelajaran.Pernah berlaku di tempat belajar di mana seorang guru mengajar bahasa arab tiba2 masuk kelas dan terus bertutur menggunakan bahasa arab,dia memberi alasan yang para pelajar kena biasakan diri dengan bahasa arab dan katanya jika bahasa inggeris kita mampu buat camtu mengapa arab xboleh?

nampak cam betul tapi hakikatnya compare to english,kita da belajar kira2 11 tahun masa sekolah dulu compare to bahasa arab yang mana tak semua orang belajar.Jika arahan dalam bahasa arab pun student failed to understand apatah lagi nak cuba mahir dalam bahasa arab?.So yeah,tujuan guru tersebut nak mengajar orang ke nak tunjuk kan skill bahasa arab dia yang tinggi?seriously dia kena consider balik method dia tu.Dia kena tahu kemampuan semua murid dalam kelas,,kebanyakkan pembelajaran gagal kerana guru menjangkakan semua pelajar pandai maka dia ajar advance2 atau ajar terlalu cepat sehingga murid2 yang kurang mahir dalam mata pelajaran tersebut atau slow learner tertinggal dan akhirnya dia disalahkan.

Same goes to working,bagi kerja kepada orang yang layak untuk membuat kerja tu.Tiada guna bagi orang yang kepakarannya adalah bidang programming untuk membuat design,ibarat memberikan kucing yang comel sepucuk pistol dan suruh dia pi perang.Kemahiran kucing tu untuk jadi binatang peliharaan,bukan gaduh2 cam puss in boot.

Conclusion


ABOUT ABILITY

In every abilities theres a disadvantages.In every weakness theres a advantage.

ABOUT PERSONALITY

We are all beautiful and awesome in our own way.STOP BLAMING YOURSELF FOR WHAT YOU ARE,IT AINT SOMETHING THAT YOU CONTROL.Everything happens for a reason.Dont let others tell you ain't beautiful.JUST STAY TRUE TO YOU.





Rabu, 12 Disember 2012

Choices in life and adapting to situation






"Sometime,somewhere in life you gonna be on a crossroad making 
tough decision on which ''road'' to go.Pick the wrong one and you screwed.
pick the right one then you safe,for awhile.Whatever you choose its gonna affect 
your future,directly or indirectly.Thats why the most important thing in life is to know where you going 
and where you already go." --manusiatroll

Well thats is life,sometime you gotta choose!.Sometime between two options that you loved.Its tough but you gotta make a choice or you lose both choices.

Jenis pilihan hidup
Jenis2 pilihan ni kadangkala boleh buat kepala meletup bila fikir nak yang mana.Seriously.Its like choosing between two good food tapi lagi kaw2 dia nya tense of choosing  :(.

1)Good choice vs bad choice
dalam situasi ni terang lagi bersuluh la choice yang baik patut dipilih tapi kadang2 kita terpilih gak yang salah.Dan ia menjadi pengajaran pada diri kita.bak nyanyian aris ariwatan"Jangan manis terus ditelan,pahit terus dibuang itu bidalan harus kau renungkan".

2)Good choice vs good choice alike
Ok~yang ni siot.Buat pening kepala je.Both seems fine tapi jgn lupa yang syaitan mampu buat kita lihat something yang xbaik sebagai baikChoice camnila yang selalu wat manusia jadi xbersyukur kemudiannya,iaitu pabila dia perasan yang apa dia pilih kurang baik dari pilihan lagi satu pabila dia nampak kesannnya suatu ari nanti.hey,come on la.Benda da jadi,terima je la.Bersyukurla at least benda yang berlaku tu baik.


Macam mana pilihan memberi kesan kepada hidup
                    Macam aku habaq tadi,secara langsung atau tak secara langsung.concept pasal choice ni selalu ditonjolkan dalam game seperti dragon age dan elder scrolls punya game.Secara xsengaja kita dibawa ke dalam situasi ke situasi yang lain kerana apa yang kita buat.Sometime even the smallest choices bring an terrifying outcome.example,ko nampak ada kucing comel di tepi jalan pastu ko amik dan usap2 dan balik rumah.masa perjalanan balik rumah tu ramai awek comel nampak ko bawak kucing tu dan nampak cam sweet gila.Keesokkan harinya ada awek datang minang ko.nampak x permainannya?So biasakan la diri bawak kucing comel jalan2 or dukung bayi.Who know you hit the jackpot?

                    Dan kita pun kena sedar jugak apa yang kita buat memberi kesan kepada orang lain bukan sahaja diri kita.Sebab tu wujudnya istilah selfish dan caring.Manusia hidup untuk saling tolong menolong,tapi ia jugak bersangkutan dengan satu sama lain.Selalu memberi kesan kepada satu sama lain tak kisahla kesan buruk atau baik.So fikirlah sebelum membuat pilihan,bukan anda sahaja yang dapat kesannya......


Manusia troll:The flow of life changes faster than you expected,depends on  the act of the HUMAN in the world.Careful with your action,as it may affect others.Its like a drop of water on a calm and steady pond,it creates ripples and the wave keep on expanding and affect the whole pond.


 





Rabu, 28 November 2012

Dont judge a book by its cover



Yes.kali ni aku nak cakap pasal buku.Ye! buku!.Benda yang dari kita kecik hingga besar kita dok baca tu.Tak kisah la buku komik ke,majalah ke,buku lima ke*termasuk plak :P*.Aku nak cite pasal benda yang kena mengena ngan buku la atau yang ada perkataan buku.Boleh x?mesti la boleh.da blog ni aku yang karang,buat apa mintak izin hangpa kekekekeke.

Novel
Novel contengan jalanan karangan hlovate.

Sebelum tahun ni aku xpernahnya nak sentuh novel.Asal aku nampak novel je aku bayangkan buku yang penuh ngan tulisan kecik dan takde gambar langsung.BOSAN,TAKDE FAEDAH,TAKDE MAKNANYA.Ia,itu la tanggapan aku dulu bila tgk je novel2 ni.Lagi2 zaman sekola aku,diriku yang nakal ni bukanla seorang yang gemar membaca.Suka lagi aku main game yang penuh dengan sound effect yang kaw2 dan bunyi bom.

Sebagai seorang lelaki standardla tuk ada rasa CINTA terhadap game.Cewah~cinta tu bhai.Nampak sangat aku ni gila game O.O.Ok2.Kembali kepada tajuk kecik aku.iaitu novel.Satu hari tu aku saje je membaca blog macam kebiasaan di internet dan aku nampak la orang taruk quotes dari novel hlovate yang bertajuk contengan jalanan.Quotes tersebut ialah “To live is learn, and to learn is to live. Live. Learn.”

Quotes yang pendek tapi membawa erti yang mendalam bagi aku yang terfikir2 maknanya sampai aku sendiri pergi beli novel tersebut demi mencari erti quotes tersebut.Sebab bagi aku,ayat tersebut terlalu pendek bagi menerangkan makna quotes tersebut.

Kemudian bermula la minat aku terhadap novel karangan hlovate.aku terpukau ngan cara penulisan hlovate yang penuh ngan kesantaian tapi masih membawa mesej positif dan takdenya pasal orang jahat kacau la dan bla bla.It been realistic...Tu yang aku suka.Tak mengajak aku untuk membenci mana2 karakter dalam novel tu.

Sebab aku teringat kata2 kawan aku pasal cerita melayu di TV.Katanya:
''Cerita melayu ni bosan tau.makan2 kat kedai mamak,jalan2 pastu tgk2 da mati kena langgar keta''.
Masa tu aku angguk2 dan campur gelak2 sebab kesimpulan kawan aku tu amat menepati apa terjadi kat Drama2 melayu  televisyen sekarang kakakka.

Dan dari situ la aku belajar untuk tidak menilai sesuatu buku melalui kulitnya je.Ada je buku yang kulit je jambu atau tajuk je cam jiwang karat tapi content dia WOW.Pemikiran yang bagus la wa cakap!

Menilai orang lain dari luaran
Aku tau semua orang mesti pernah menilai orang dari luaran..Jangan nak tipu la jika kata tak pernah.Bagi gak penampar saiz M sedas.ish3.bagi aku la,luaran ni ada gak nilainya sebenarnya tapi ia bukan 100% penilaian seseorang.Ingat apa?Aku ada je jumpa orang yang style macam mat rempit tapi suka budak2.Yes,bila dia layan budak2 terserlah kebapaannya.Mana taknya melting para pompuan lau nampak kan?habis keluar ayat''so sweet!!!!''.pfft.pompuan biasala hehe.

Yup.Luaran seseorang tu bagi aku kira2 20% je sebagai penilaian.Dari segi kekemasan dan gaya la.Bab perangai ni takleh sangat tgk dari luaran sebab setiap orang ada sifat yang dia sembunyikan dan hanya orang yang rapat ngan dia je tahu.Aku faham sangat hakikat ni sebab aku sendiri pun lebih kurang kekekekek.

Manusia Troll:
Many people can be beautiful from the outer,but not many can be beautiful from the inner.Being beauty from the inner takes more effort than being beautiful from the outer.Thats why its a better side to jugdge!







Khamis, 15 November 2012

Bangkit Dari Kegagalan Bukan Suatu Yang Mustahil


Situasi 1)''bodoh la cikgu aku ni,bagi markah skit gila cam sial.aku buat baik ngan dia,dia buat tahi ngan aku!.aku tau la aku pemalas tapi agak2 ah bagi markah camni!.''
Getus seorang pelajar  apabila melihat result peperiksaannya yang teruk.

Situasi 2)''bisness aku habis hancur,semua yang aku bina da takde.Macam mana aku nak hadapi kehidupan ini?Orang lain buat bisness secara kotor tapi lama je bertahan tapi kenapa bukan aku?''
Ucap seorang ahli peniagaan yang muflis kerana bisnessnya tak bertahan.


Berbeza Kegagalan

Kedua2 situasi di atas mengisahkan insan yang menemui kegagalan tapi perasan tak yang mereka berdua gagal dengan KADAR KEUSAHAAAN BERBEZA dan SIKAP YANG BERBEZA MENGHADAPI KEGAGALAN.

Pelajar di situasi 1 menyumpah seranah gurunya dan sendiri mengakui akan kesalahan diri tapi tentang tidak mahu gagal.Jika sedar sikap sendiri memang mampu membawa kepada result sedemikian kenapa perlu marah?Diri sendiri yang patut dipersalahkan.Orang camni sepatutnya cermin dirinya diri nya sendiri dulu maaaaaaa.

Peniaga yang di situasi ke 2 pulak bertemu kegagalan sebabkan ia  faktor ''takdir'' dan bukan kerana kekurangan usaha.tapi dia lagi tenang berbanding pelajar situasi 1.

''Ditakdirkan  kegagalan?apakejadah kah itu?''Getus pemikiran para pembaca bila baca perkataan tersebut.Bagi aku,perkataan tersebut bermaksud  kegagalan yang dihadapi oleh seseorang kerana Allah telah mentakdirkan untuk menjadi demikian.Tiada kena mengena dengan kekurangan usaha atau sikap tapi sebagai cobaan kepada hambaNya.


Sebab itu kegagalan itu terbahagi kepada dua:
1)kegagalan akibat dari kecuaian diri atau sikap.
2)Kegagalan yang Allah telah tetapkan sebagai  cobaan.

Bangun dari kegagalan


Bangun dari kegagalan ni kan ibarat cam bangun dari mimpi tidur yang ngeri dan masih mempunyai niat untuk tidur lagi sebab harap dapat mimpi indah masa tidur lain kali*perumpamaan karutku*.So anda maukan bangun dari kegagalan?Beberapa cara kita boleh amalkan jika mahu bangun dari kegagalan

1.Cari kawan yang supportive.
Ye,kawan yang supportive merupakan satu faktor yang penting dalam mengembalikan semangat.sebab tu orang selalu kata kawan semasa gembira senang dapat,tapi kawan masa susah tu kira memey susah la nak cari.Sebab tak semua kawan yang ada semasa anda gembira akan stay masa anda dilanda kesusahan.Some vanish,some stay.True friend stays even the world against you*sepertimana para sahabat berdiri bersama rasulullah walaupun banyak tentangan*.They stay because they had faith in you and love you like their own family.

TAPI,jangan anggap kawan yang kuat membahan anda tu takkan stays.seriously,aku ada kawan yang membahan tahap kaw2 punya,kira lau terasa tu memey terasa la.sampai aku merajuk cam pompuan haha tapi bila aku down gila dia kuat gila ah supportive.Mana taknya aku sayang kat kau hah kawan?haha.

2.Cari cerita atau quotes yang dapat memberikan semangat.
Why?amaze seen the second reason?nope,those quote yang berbunga2 dan philosophy tak berada di dunia ni for nothing.they serve alot tuk bagi semangat.Aku pernah seen a quote that really make my day.And now i give you one quote:


A hammer can break a glass

or

shape a steel

Thats how calamity(dugaan) works.

It can either destroy you or shape yourself to

be a better person.

Depend on you being the ''steel'' or ''glass''

So stop whining and be a steel!

not to forget,citer seperti braveheart dan rocky balboa betul2 dapat memberikan inspirasi kepada kita tak caya tgk la vid kat bawah ni.

 


Damn inspirated right?Thats why aku suka gila kat film mat saleh.banyak yang mampu memberikan pengajaran atau mesej berbanding filem melayu kita yang kosong kosong  oh kosong dan tak habis dengan lawak karut.pfft. -________-.

3.Percaya kepada ketetapan Allah
Yup betul.ini suatu perkara yang senang tuk kita kata dan susah nak amal tapi apa pun cuba la kan?Dari experience aku sendiri aku pernah jumpa ngan seorang pemandu teksi yang mempunyai pengalaman ditimpa cubaan yang dasyat dari segi kewangan.Ceritanya,dia pernah jadi technician letrik di suatu kompeni,dan kerja selama 20 tahun.Tetiba dia dipecat kerana kemelesetan ekonomi masa tu dan kompeninya nak kurangkan pekerja.kemudian dia menganggur beberapa bulan dan lalu jadi pemandu teksi.Dan menurut dia sekarang ni dia mendapat gaji lebih dari dia kerja masa jadi technician

Di atas sebab itu dia menolak orang offer dia menjadi technician sekarang.masa tu baru la aku sedar yang kadang2 Allah menutup satu pintu rezeki dan membuka lagi satu pintu rezeki kepada hambanya.Malah pintu yang lagi ''besar'' dari sebelumnya.Betapa awesome kan plan Allah?subhanallah.


So yeah.Stop mourning over you failure and go and get them ''kicked out'' of your mind now.
Ikut je ke mana hidup membawa kita tapi dengan hati yang lebih kuat dan usaha yang kuat dan tawakal kepada Allah.Ramai orang terus gagal dalam hidup kerana tak mau berusaha dan terlalu sangka buruk kepada tuhan.You never know what you get at the end till you worked yourself to the end and realize that it all worth it after all.Kita lepak di post seterusnya lain kali.InsyaAllah.


P/S:Jangan plak korang hadapi cobaan dengan ikut cara cam dalam citer p.ramlee dengan selalu menyebut cobaan sahaja.Kang aku ketuk kepala korang dengan spanar saiz 20.Baru tahu cobaan tak cobaan.hak3.