Rabu, 28 November 2012

Dont judge a book by its cover



Yes.kali ni aku nak cakap pasal buku.Ye! buku!.Benda yang dari kita kecik hingga besar kita dok baca tu.Tak kisah la buku komik ke,majalah ke,buku lima ke*termasuk plak :P*.Aku nak cite pasal benda yang kena mengena ngan buku la atau yang ada perkataan buku.Boleh x?mesti la boleh.da blog ni aku yang karang,buat apa mintak izin hangpa kekekekeke.

Novel
Novel contengan jalanan karangan hlovate.

Sebelum tahun ni aku xpernahnya nak sentuh novel.Asal aku nampak novel je aku bayangkan buku yang penuh ngan tulisan kecik dan takde gambar langsung.BOSAN,TAKDE FAEDAH,TAKDE MAKNANYA.Ia,itu la tanggapan aku dulu bila tgk je novel2 ni.Lagi2 zaman sekola aku,diriku yang nakal ni bukanla seorang yang gemar membaca.Suka lagi aku main game yang penuh dengan sound effect yang kaw2 dan bunyi bom.

Sebagai seorang lelaki standardla tuk ada rasa CINTA terhadap game.Cewah~cinta tu bhai.Nampak sangat aku ni gila game O.O.Ok2.Kembali kepada tajuk kecik aku.iaitu novel.Satu hari tu aku saje je membaca blog macam kebiasaan di internet dan aku nampak la orang taruk quotes dari novel hlovate yang bertajuk contengan jalanan.Quotes tersebut ialah “To live is learn, and to learn is to live. Live. Learn.”

Quotes yang pendek tapi membawa erti yang mendalam bagi aku yang terfikir2 maknanya sampai aku sendiri pergi beli novel tersebut demi mencari erti quotes tersebut.Sebab bagi aku,ayat tersebut terlalu pendek bagi menerangkan makna quotes tersebut.

Kemudian bermula la minat aku terhadap novel karangan hlovate.aku terpukau ngan cara penulisan hlovate yang penuh ngan kesantaian tapi masih membawa mesej positif dan takdenya pasal orang jahat kacau la dan bla bla.It been realistic...Tu yang aku suka.Tak mengajak aku untuk membenci mana2 karakter dalam novel tu.

Sebab aku teringat kata2 kawan aku pasal cerita melayu di TV.Katanya:
''Cerita melayu ni bosan tau.makan2 kat kedai mamak,jalan2 pastu tgk2 da mati kena langgar keta''.
Masa tu aku angguk2 dan campur gelak2 sebab kesimpulan kawan aku tu amat menepati apa terjadi kat Drama2 melayu  televisyen sekarang kakakka.

Dan dari situ la aku belajar untuk tidak menilai sesuatu buku melalui kulitnya je.Ada je buku yang kulit je jambu atau tajuk je cam jiwang karat tapi content dia WOW.Pemikiran yang bagus la wa cakap!

Menilai orang lain dari luaran
Aku tau semua orang mesti pernah menilai orang dari luaran..Jangan nak tipu la jika kata tak pernah.Bagi gak penampar saiz M sedas.ish3.bagi aku la,luaran ni ada gak nilainya sebenarnya tapi ia bukan 100% penilaian seseorang.Ingat apa?Aku ada je jumpa orang yang style macam mat rempit tapi suka budak2.Yes,bila dia layan budak2 terserlah kebapaannya.Mana taknya melting para pompuan lau nampak kan?habis keluar ayat''so sweet!!!!''.pfft.pompuan biasala hehe.

Yup.Luaran seseorang tu bagi aku kira2 20% je sebagai penilaian.Dari segi kekemasan dan gaya la.Bab perangai ni takleh sangat tgk dari luaran sebab setiap orang ada sifat yang dia sembunyikan dan hanya orang yang rapat ngan dia je tahu.Aku faham sangat hakikat ni sebab aku sendiri pun lebih kurang kekekekek.

Manusia Troll:
Many people can be beautiful from the outer,but not many can be beautiful from the inner.Being beauty from the inner takes more effort than being beautiful from the outer.Thats why its a better side to jugdge!







Khamis, 15 November 2012

Bangkit Dari Kegagalan Bukan Suatu Yang Mustahil


Situasi 1)''bodoh la cikgu aku ni,bagi markah skit gila cam sial.aku buat baik ngan dia,dia buat tahi ngan aku!.aku tau la aku pemalas tapi agak2 ah bagi markah camni!.''
Getus seorang pelajar  apabila melihat result peperiksaannya yang teruk.

Situasi 2)''bisness aku habis hancur,semua yang aku bina da takde.Macam mana aku nak hadapi kehidupan ini?Orang lain buat bisness secara kotor tapi lama je bertahan tapi kenapa bukan aku?''
Ucap seorang ahli peniagaan yang muflis kerana bisnessnya tak bertahan.


Berbeza Kegagalan

Kedua2 situasi di atas mengisahkan insan yang menemui kegagalan tapi perasan tak yang mereka berdua gagal dengan KADAR KEUSAHAAAN BERBEZA dan SIKAP YANG BERBEZA MENGHADAPI KEGAGALAN.

Pelajar di situasi 1 menyumpah seranah gurunya dan sendiri mengakui akan kesalahan diri tapi tentang tidak mahu gagal.Jika sedar sikap sendiri memang mampu membawa kepada result sedemikian kenapa perlu marah?Diri sendiri yang patut dipersalahkan.Orang camni sepatutnya cermin dirinya diri nya sendiri dulu maaaaaaa.

Peniaga yang di situasi ke 2 pulak bertemu kegagalan sebabkan ia  faktor ''takdir'' dan bukan kerana kekurangan usaha.tapi dia lagi tenang berbanding pelajar situasi 1.

''Ditakdirkan  kegagalan?apakejadah kah itu?''Getus pemikiran para pembaca bila baca perkataan tersebut.Bagi aku,perkataan tersebut bermaksud  kegagalan yang dihadapi oleh seseorang kerana Allah telah mentakdirkan untuk menjadi demikian.Tiada kena mengena dengan kekurangan usaha atau sikap tapi sebagai cobaan kepada hambaNya.


Sebab itu kegagalan itu terbahagi kepada dua:
1)kegagalan akibat dari kecuaian diri atau sikap.
2)Kegagalan yang Allah telah tetapkan sebagai  cobaan.

Bangun dari kegagalan


Bangun dari kegagalan ni kan ibarat cam bangun dari mimpi tidur yang ngeri dan masih mempunyai niat untuk tidur lagi sebab harap dapat mimpi indah masa tidur lain kali*perumpamaan karutku*.So anda maukan bangun dari kegagalan?Beberapa cara kita boleh amalkan jika mahu bangun dari kegagalan

1.Cari kawan yang supportive.
Ye,kawan yang supportive merupakan satu faktor yang penting dalam mengembalikan semangat.sebab tu orang selalu kata kawan semasa gembira senang dapat,tapi kawan masa susah tu kira memey susah la nak cari.Sebab tak semua kawan yang ada semasa anda gembira akan stay masa anda dilanda kesusahan.Some vanish,some stay.True friend stays even the world against you*sepertimana para sahabat berdiri bersama rasulullah walaupun banyak tentangan*.They stay because they had faith in you and love you like their own family.

TAPI,jangan anggap kawan yang kuat membahan anda tu takkan stays.seriously,aku ada kawan yang membahan tahap kaw2 punya,kira lau terasa tu memey terasa la.sampai aku merajuk cam pompuan haha tapi bila aku down gila dia kuat gila ah supportive.Mana taknya aku sayang kat kau hah kawan?haha.

2.Cari cerita atau quotes yang dapat memberikan semangat.
Why?amaze seen the second reason?nope,those quote yang berbunga2 dan philosophy tak berada di dunia ni for nothing.they serve alot tuk bagi semangat.Aku pernah seen a quote that really make my day.And now i give you one quote:


A hammer can break a glass

or

shape a steel

Thats how calamity(dugaan) works.

It can either destroy you or shape yourself to

be a better person.

Depend on you being the ''steel'' or ''glass''

So stop whining and be a steel!

not to forget,citer seperti braveheart dan rocky balboa betul2 dapat memberikan inspirasi kepada kita tak caya tgk la vid kat bawah ni.

 


Damn inspirated right?Thats why aku suka gila kat film mat saleh.banyak yang mampu memberikan pengajaran atau mesej berbanding filem melayu kita yang kosong kosong  oh kosong dan tak habis dengan lawak karut.pfft. -________-.

3.Percaya kepada ketetapan Allah
Yup betul.ini suatu perkara yang senang tuk kita kata dan susah nak amal tapi apa pun cuba la kan?Dari experience aku sendiri aku pernah jumpa ngan seorang pemandu teksi yang mempunyai pengalaman ditimpa cubaan yang dasyat dari segi kewangan.Ceritanya,dia pernah jadi technician letrik di suatu kompeni,dan kerja selama 20 tahun.Tetiba dia dipecat kerana kemelesetan ekonomi masa tu dan kompeninya nak kurangkan pekerja.kemudian dia menganggur beberapa bulan dan lalu jadi pemandu teksi.Dan menurut dia sekarang ni dia mendapat gaji lebih dari dia kerja masa jadi technician

Di atas sebab itu dia menolak orang offer dia menjadi technician sekarang.masa tu baru la aku sedar yang kadang2 Allah menutup satu pintu rezeki dan membuka lagi satu pintu rezeki kepada hambanya.Malah pintu yang lagi ''besar'' dari sebelumnya.Betapa awesome kan plan Allah?subhanallah.


So yeah.Stop mourning over you failure and go and get them ''kicked out'' of your mind now.
Ikut je ke mana hidup membawa kita tapi dengan hati yang lebih kuat dan usaha yang kuat dan tawakal kepada Allah.Ramai orang terus gagal dalam hidup kerana tak mau berusaha dan terlalu sangka buruk kepada tuhan.You never know what you get at the end till you worked yourself to the end and realize that it all worth it after all.Kita lepak di post seterusnya lain kali.InsyaAllah.


P/S:Jangan plak korang hadapi cobaan dengan ikut cara cam dalam citer p.ramlee dengan selalu menyebut cobaan sahaja.Kang aku ketuk kepala korang dengan spanar saiz 20.Baru tahu cobaan tak cobaan.hak3.