Rabu, 28 November 2012

Dont judge a book by its cover



Yes.kali ni aku nak cakap pasal buku.Ye! buku!.Benda yang dari kita kecik hingga besar kita dok baca tu.Tak kisah la buku komik ke,majalah ke,buku lima ke*termasuk plak :P*.Aku nak cite pasal benda yang kena mengena ngan buku la atau yang ada perkataan buku.Boleh x?mesti la boleh.da blog ni aku yang karang,buat apa mintak izin hangpa kekekekeke.

Novel
Novel contengan jalanan karangan hlovate.

Sebelum tahun ni aku xpernahnya nak sentuh novel.Asal aku nampak novel je aku bayangkan buku yang penuh ngan tulisan kecik dan takde gambar langsung.BOSAN,TAKDE FAEDAH,TAKDE MAKNANYA.Ia,itu la tanggapan aku dulu bila tgk je novel2 ni.Lagi2 zaman sekola aku,diriku yang nakal ni bukanla seorang yang gemar membaca.Suka lagi aku main game yang penuh dengan sound effect yang kaw2 dan bunyi bom.

Sebagai seorang lelaki standardla tuk ada rasa CINTA terhadap game.Cewah~cinta tu bhai.Nampak sangat aku ni gila game O.O.Ok2.Kembali kepada tajuk kecik aku.iaitu novel.Satu hari tu aku saje je membaca blog macam kebiasaan di internet dan aku nampak la orang taruk quotes dari novel hlovate yang bertajuk contengan jalanan.Quotes tersebut ialah “To live is learn, and to learn is to live. Live. Learn.”

Quotes yang pendek tapi membawa erti yang mendalam bagi aku yang terfikir2 maknanya sampai aku sendiri pergi beli novel tersebut demi mencari erti quotes tersebut.Sebab bagi aku,ayat tersebut terlalu pendek bagi menerangkan makna quotes tersebut.

Kemudian bermula la minat aku terhadap novel karangan hlovate.aku terpukau ngan cara penulisan hlovate yang penuh ngan kesantaian tapi masih membawa mesej positif dan takdenya pasal orang jahat kacau la dan bla bla.It been realistic...Tu yang aku suka.Tak mengajak aku untuk membenci mana2 karakter dalam novel tu.

Sebab aku teringat kata2 kawan aku pasal cerita melayu di TV.Katanya:
''Cerita melayu ni bosan tau.makan2 kat kedai mamak,jalan2 pastu tgk2 da mati kena langgar keta''.
Masa tu aku angguk2 dan campur gelak2 sebab kesimpulan kawan aku tu amat menepati apa terjadi kat Drama2 melayu  televisyen sekarang kakakka.

Dan dari situ la aku belajar untuk tidak menilai sesuatu buku melalui kulitnya je.Ada je buku yang kulit je jambu atau tajuk je cam jiwang karat tapi content dia WOW.Pemikiran yang bagus la wa cakap!

Menilai orang lain dari luaran
Aku tau semua orang mesti pernah menilai orang dari luaran..Jangan nak tipu la jika kata tak pernah.Bagi gak penampar saiz M sedas.ish3.bagi aku la,luaran ni ada gak nilainya sebenarnya tapi ia bukan 100% penilaian seseorang.Ingat apa?Aku ada je jumpa orang yang style macam mat rempit tapi suka budak2.Yes,bila dia layan budak2 terserlah kebapaannya.Mana taknya melting para pompuan lau nampak kan?habis keluar ayat''so sweet!!!!''.pfft.pompuan biasala hehe.

Yup.Luaran seseorang tu bagi aku kira2 20% je sebagai penilaian.Dari segi kekemasan dan gaya la.Bab perangai ni takleh sangat tgk dari luaran sebab setiap orang ada sifat yang dia sembunyikan dan hanya orang yang rapat ngan dia je tahu.Aku faham sangat hakikat ni sebab aku sendiri pun lebih kurang kekekekek.

Manusia Troll:
Many people can be beautiful from the outer,but not many can be beautiful from the inner.Being beauty from the inner takes more effort than being beautiful from the outer.Thats why its a better side to jugdge!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan