Kebahagiaan.Semua orang mahukan benda ni tak kira kanak-kanak ketot atau orang dewasa yang bekerja sebagai manager.
So apa benda yang bernama bahagia ni??
Kalau kau tanya apa tu bahagia,macam-macam jawapan yang kau dapat.Ada yang tak masuk dek akal.Ada yang terlalu masuk dek akal,sehingga kau rasa terlalu mainstream nan serius.
"dapat komputer gaming yang paling power"kata gaming geek yang merenung komputer hingga power cermin mata 1000+
"Suami yang hensem dan jalan cerita cinta yang romantik!"kata gadis yang tengah angau hasil membaca novel VERSUS*kekekeke*
"Handphone xperia Z"ucap pelajar yang sedang tunggu pinjaman MARA.
Nampak tak permainannya?Terlalu subjektif benda alah nama bahagia ni.Malah kaitannya bahagia mampu bersangkutan dengan orang lain atau barangan aka material.Sampaikan ada je orang yang cium handphone yang baru dibeli.Nasib baik dia tak membuat french kiss*yang pakai lidah sekali tu*,jika tidak dengan kasutku ini dia kiss.ewwwww.Melekatla kotoran degilzzzzz tu oiiii.
Kepada point utama
Seringkali kita berkorban untuk kebahagiaan orang lain.Konon nak menjadi lilin yang memberikan cahaya(*sendiri terasa*) padahal kita tak perasan yang lilin bila dia habis beri cahaya ia akan cair dan tak boleh guna dah.Jadi masih mahu jadi lilin?yang akhirnya tiada apa-apa untuk dirinya?Lagi baik jadi powerbank,bagi phone tenaga pastu boleh recharge balik :D.Bahagiakanlah orang lain tapi jangan sehingga engkau tiada apa-apa.Jangan sehingga nak bahagiakan orang lain punya pasal kau yang jatuh ke dalam lubang yang paling dalam sehingga tak mampu merangkak keluar dari lubang tersebut kerana semua ''alatan'' telah kau berikan kat orang lain.
JANGAN dan jangan sesekali kau mengikatkan kebahagiaan kau tu kepada orang atau barangan semata-mata.Semua itu mampu hilang dalam sekelip mata,manusia mungkin berubah dan barangan mampu rosak atau musnah.
Terakhir,kalau betul kau ingin berkorban untuk seseorang pastikan pengorbanan kau itu berbaloi!Tiada guna berkorban untuk orang yang tidak menghargai pengorbananmu itu atau mensia-siakan pengorbananmu.Aku tahula benda free selalunya tak berapa dihargai.
Me:Theres a fine line between stupidity and sacrifice.Take the measurement and forged a "ruler",everytime you bout to do something make sure you measure using the RULER and see which part it placed..Nothing in this world will come right if you do it without the right "measurement" or "way".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan